Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi. Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya. Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya dan Nonie yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa. Pada suatu hari, Karim dikejar oleh rakannya untuk mengutip hutang, ketika melarikan diri menaiki motosikal Karim terlanggar Aniza, isteri Syed Zaidi yang sedang sarat mengandung. Pada malam itu, datang semula pengutip hutang ke rumah Karim dan mahukan Karim memberikan anaknya sebagai cagaran melunaskan hutangnya. Karim yang tiada pilihan cuba merampas Suraya daripada Karmila namun ditikamnya dengan gunting. Karmila dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membunuh tanpa niat. Karmila menjalani kehidupan di sebalik pintu besi dengan dibelenggu kerinduan dengan kehidupan lalu diselangi penyesalan yang menghantuinya. Malang buat kedua anak-anaknya apabila diserahkan dibawah penjagaan Puan Hamidah, ibu mertua Karmila yang menyimpan dendam terhadapnya, Suraya dan Nonie telah dipisahkan. Nonie bernasib baik apabila dia ditemui oleh Syed Zaidi. Nonie dibesarkan dengan kasih sayang oleh Syed Zaidi disamping isterinya Aniza dan juga anak lelakinya Syed Haikal. Manakala Suraya dibela oleh bapa saudaranya. Suraya berusaha untuk menjejak Karmila dan nekad untuk mencari adiknya Nonie. Meningkat dewasa, Nonie mula menyimpan perasaan terhadap Syed Haikal, walaupun Syed Haikal telah menganggap Nonie seperti adik kandungnya sendiri. Takdir bagai sengaja ingin menguji mereka, Syed Haikal jatuh hati pula pada Suraya yang dikenali sewaktu Suraya datang untuk membuat liputan mengenai syarikatnya. Karmila juga mencari anak-anaknya namun hampa kerana Puan Hamidah sendiri tidak tahu dimana mereka. Adakah Karmila dan anak-anaknya akan kembali bersatu? Dapatkah anak-anaknya menerima ibu yang bergelar banduan?
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ceritakita © 2017 ceritonton