Pelakon Amar Baharin menjelaskan pernah berhasrat untuk mengehadkan tawaran berlakon bersama isterinya, Amyra Rosli.

Menurut Amar, perkara tersebut tidak tercapai kerana menerima banyak tawaran untuk berlakon bersama selepas kahwin.

"Memang pada awalnya kami rancang untuk kurangkan berlakon bersama selepas kahwin, tapi nampaknya kami tak boleh nak elak.

"Alhamdulillah, rezeki untuk kami berlakon berdua nampaknya banyak pula dan untuk apa kami menolak jika ia merupakan permintaan stesen TV sendiri.

"Sebenarnya ramai juga ingin menggandingkan kami sebagai suami isteri dalam sesebuah drama kerana di negara kita banyak syarat yang ditetapkan untuk berlakon.

"Jadi perkara ini memudahkan kerja dan ia tidak akan menimbulkan sebarang isu kerana kami memang suami isteri yang sah," katanya.

Amyra dan Amar ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video karaoke berjudul Kisah Cinta Kita yang diadakan di Red Box Gardens, baru-baru ini.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ceritakita © 2017 ceritonton